Source: Berita Mediacorp
Menghidupkan semula semangat Bazar Hari Raya dan juga kemeriahannya.
Bukan setakat itu saja, riuh-rendah suasana lelong dan tawar-menawar juga akan dapat dirasakan dalam ruang tamu anda.
Konsep bagi menyemarakkan suasana menjelang Lebaran ini diperkenalkan di tengah-tengah langkah pemutus rantaian jangkitan COVID-19 yang sedang dikuatkuasakan sekarang.
Selama kira-kira 5 jam setiap hujung minggu, 3 selebriti ini – Aaron Aziz, Sheikh Haikel dan Anna Belle Francis ke “udara” sebagai hos Bazar B.Halal.
Bazar kendalian Enniche Events itu disiarkan secara langsung melalui Facebook dan juga YouTube.
Sila baca https://berita.mediacorp.sg/mobilem/eksklusif/corona-outbreak/aaron-aziz-sheikh-haikel-anna-belle-francis-bawa-bazar-raya-maya/4443634.html
Read full coverage here.