Skip to main content

Source: Berita Harian

BADAN-BADAN Melayu Islam Singapura kini lebih kreatif dalam mendekati masyarakat, bukan sahaja untuk mengumpul dana tetapi juga dalam menjalankan program dan menyampaikan ceramah pendek menerusi dalam talian, di tengah-tengah tempoh pemutus rantaian jangkitan sekarang.

Selain daripada sekadar memuat naik klip video ceramah pendek di akaun Facebook sendiri, Persatuan Muhammadiyah, misalnya telah memanfaatkan platform luar seperti B. Halal untuk mengetengahkan program dan usaha sedang dijalankan kepada lebih ramai warga.

Kata Pengurus Perhubungan Korporat dan Sumber Persatuan Muhammadiyah, Encik Mohamad Eznillah Razali:

“Jika tujuan kami ialah mendekati masyarakat agar lebih ramai anggota masyarakat dapat meraih manfaat daripada perkongsian kita dan khidmat dijalankan, maka kita tidak boleh sekadar mengharapkan platform kita sahaja.

Read full coverage here.