Skip to main content

Source: Berita Harian

Bagi ramai orang Melayu/ Islam di sini, lawatan ke bazar merupakan perkara ‘wajib’ bagi menyambut ketibaan Aidilfitri.

Dari baju kurung sedondon, kuih-muih, sampul duit hinggalah membuat inai, membeli songkok, capal dan langsir, bazar Raya merupakan tempat kunjungan bagi mendapatkan segala keperluan menjelang Lebaran.

Namun, seperti banyak perkara lain tahun ini, kebiasaan tersebut terpaksa diubah, dengan norma baru mengambil alih.

Dek wabak Covid-19 yang tidak membolehkan pengumpulan orang ramai, ditambah dengan langkah pemutus litar yang diperkenal, bazar Raya ditiadakan tahun ini.

Bazar ‘online’ pula mengambil alih.

Para peniaga memilih memasarkan produk masing-masing secara dalam talian di platform perniagaan, langkah yang tidak berleluasa sebelum ini.

Penganjur bazar-bazar dalam talian yang dihubungi akhbar ini berkata sambutan yang diterima sangat menggalakkan.

“Dari kita mulakan, sambutannya baik, alhamdulillah. B Halal Bazaar Show dapat menarik pelbagai lapisan masyarakat, Muslim dan bukan Muslim sekali,” ujar ketua pegawai operasi B Halal, Encik Hamdan Razali.

Read full coverage here.